Resepi Limau Kasturi Asam Boi | Paling Sedap ni Boss ! - Khabar Kinabalu

Terkini

Thursday, 9 September 2021

Resepi Limau Kasturi Asam Boi | Paling Sedap ni Boss !



Kadang-kadang bila di rumah tu selalu kecarian mahu minum air yang lain dari air biasa atau air suam kan. 


Macam tu lidah mahu juga rasa yang ada manis-manis.

Kali ni kita kasi kongsi ni satu resepi mudah yang rasanya semua orang pun boleh buat di rumah. Senang saja ni gais!

Resepi Limau Kasturi Asam Boi | Paling Sedap ni Boss ! 

Banyak tu kan limau di kampung, maka kalau rajin bikin kamu ni limau kasturi asam boi.
Sedap berabis rupanya. Bila rasa-rasa mahu minum, kasi campur saja dengan ais. Pergh !


Bahan-bahannya:

  • Limau kasturi
  • Garam halus
  • Gula perang
  • Gula biasa
  • Asam boi

Cara penyediaan :

– Ambil garam dan ramas manja-manja sampai kulit limau licin dan lembut.
 Selepas 30 minit, bilas menggunakan air bersih.
– Kemudian, masak air gula menggunkan gula perang dan gula biasa.
Agak-agak sahaja, jangan terlalu cair. Potongkan bentuk X dihujung limau dan letak dalam bekas bersama asam boi.
– Akhir sekali, tunggu air gula suam barulah tuang dalam bekas yang ada limau.
Guna balang kaca tau. Bila sudah sejuk baru tutup. Letak luar atau dalam peti ais.
– Bila rasa-rasa mahu minum, boleh tuangkan dalam bekas / gelas lain
- Tambah ais ! punyala nyaman...


Bah! apa lagi. kasi jadi. aaa.. membikin kamu
Mana sudah limau sa ni.

Sumber Resepi :
 Juridah Jamal

=====================
Nota: Kalau kamu ada resepi / tips / petua, nah kamu boleh tu kongsi sama kami, sama ada melalui
PM Kami di Facebook : KHABARKINABALU 
atau boleh email kami di
khabarkinabalu@gmail.com

No comments:

Post a Comment