Lok Kawi | Sumbang Mahram Anak 13 Tahun, Bapa Dipenjara 23 Tahun 15 Sebatan Rotan - Khabar Kinabalu

Terkini

Wednesday, 29 September 2021

Lok Kawi | Sumbang Mahram Anak 13 Tahun, Bapa Dipenjara 23 Tahun 15 Sebatan Rotan


KOTA KINABALU: Seorang lelaki berumur 37 tahun yang merogol anaknya, dipenjara 23 tahun dan dikenakan 15 sebatan rotan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu pada lelaki tersebut, selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap lelaki itu.

Lelaki itu didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia 13 tahun pada pukul 9 pagi 7 April 2018 di sebuah rumah di Lok Kawi.

Tertuduh disabit di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.Mahkamah memerintah supaya lelaki itu menjalani hukuman penjaranya dari tarikh sabitan.

Selain itu, mahkamah menolak permohonan lelaki itu untuk menangguhkan hukumannya sementara menunggu rayuan terhadap keputusan itu ke Mahkamah Tinggi, kerana tiada sebab dan keadaan khas yang mewajarkan perkara itu.

Sembilan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan.

Timbalan Pendakwa Raya Rustam Sanip menjalankan pendakwaan sementara peguam Rakhbir Singh mewakili lelaki itu. – Harian Ekspress

No comments:

Post a Comment