Adakah anda penerima BPN / BSH tahun 2020 ? Anda juga layak untuk memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021.
Bagaimana caranya? mudah sahaja, ikuti dan fahami langkah-langkah di bawah
- Layari portal rasmi untuk login BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
- Tekan pautan Log Masuk pada bahagian Menu atas sebelah kanan
- Masukkan No MyKad iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
- Tekan butang Semak
- Jika dipaparkan akaun anda belum didaftarkan.Sila rujuk CARA DAFTAR BPR 2021
CARA DAFTAR AKAUN BPR 2021
Anda perlu menjawab 2 Soalan Keselamatan yang dipaparkan dengan tepat dan betul
a) Soalan Keselamatan adalah berdasarkan Permohonan BPR 2021
b) Sekiranya jawapan yang dimasukkan adalah salah, anda diberi 3 peluang untuk menjawab dengan jawapan yang betul
c) Jika akaun telah disekat kerana salah menjawab soalan Rujuk Panduan Pengguna Daftar MyBPR
Pendaftaran MyBPR (setelah berjaya menjawab 2 soalan keselamatan)
a) Masukkan Kata Kunci Keselamatan yang mudah untuk diingati
Format Kata Kunci Keselamatan adalah hanya huruf dan nombor sahaja. Aksara Khas / Simbol tidak dibenarkan
Kata Kunci Keselamatan yang didaftarkan adalah sebagai pengesahan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
b) Jawab 5 Soalan yang disediakan
Anda boleh membuat pilihan soalan yang disediakan
Jawapan yang didaftarkan akan digunakan untuk pengesahan apabila anda terlupa Kata Laluan
c) Pengesahan soalan dan jawapan yang telah dipilih akan dipaparkan dan semak. Sekiranya betul, klik butang Teruskan
d) Daftar Kata Laluan dan Pengesahan Kata Laluan serta Klik butang Daftar
Kata Laluan yang didaftarkan mesti mempunyai 8 aksara, mempunyai huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol
Kata Laluan yang daftarkan perlulah mudah dan senang diingati
Kata Laluan yang didaftarkan perlu dimasukkan setiap kali anda Log Masuk MyBPR
- Paparan Mesej “Akaun Telah Berjaya didaftarkan. Sila Ke Halaman Log Masuk untuk ke Menu MyBPR”. Anda boleh Log Masuk MyBPR
- Jika dipaparkan soalan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”
- Jika yang terpapar ialah kata kunci anda, tekan Ya
- Masukkan Kata Laluan anda
- Tekan butang Log Masuk
- Jika tidak ada apa-apa masalah, anda akan dapat Log Masuk ke dalam sistem
- Berikut adalah MENU yang dipaparkan :
- Profil
- Semakan Status
- Kemaskini Permohonan
- Cetakan
- Peti Mel
- Maklum Balas
- Jika anda ingin KEMASKINI PERMOHONAN BPR, klik Kemaskini Permohonan
CARA KEMASKINI BPR 2021 ONLINE
Berikut adalah cara kemaskini BPR 2021 online & maklumat yang perlu dikemaskini jika perlu:
- Telefon Bimbit
- Pekerjaan
- Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan)
- Status Perkahwinan
- Alamat
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
DOKUMEN SOKONGAN
Pemohon boleh muat turun dokumen sokongan yang berkaitan jika perlu.
Sila rujuk gambar dibawah
MAKLUMAT WAKILJika ada waris,sila isi maklumat waris berikut:
- Hubungan
- Jenis Pengenalan/No Mykad
- Nama wakil
- Nombor telefon wakil
Klik TERUSKAN
- Sila isi Captcha seperti yang tertera
- Sahkan CAPTCHA
Tandakan PENGESAHAN
- Sila sahkan maklumat yang dikemaskini
Klik HANTAR PERMOHONAN BPR
- Sila hantar maklumat yang telah dikemaskini
APA MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI BAGI PERMOHONAN BPR 2021?
Berikut adalah penjelasan secara terperinci tentang maklumat yang perlu dikemaskini:
KEMASKINI NOMBOR TELEFON TERKINI (akaun BPR)
Penting kemaskini nombor telefon dalam sistem BPR,jika ada sebarang info berkaitan bayaran dan lain-lain,anda akan menerima SMS daripada pihak yang menguruskan BPR.
KEMASKINI STATUS PERKAHWINAN TERKINI (akaun BPR)
Kepada yang sudah berkahwin, sila kemaskini BPR jika status dalam BSH/BPN 2.0 masih bujang.
Kepada yang sudah bercerai atau berpisah, boleh kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat jika status dalam BSH/ BPN 2.0 masih berkahwin.
Bagi yang masih kekal BUJANG,anda tidak perlu kemaskini status
KEMASKINI NAMA DAN NOMBOR AKAUN BANK (akaun BPR)
Jika akaun anda sudah tidak aktif, sila masukan nama dan nombor bank yang aktif bagi memastikan duit BPR berjaya dikreditkan ke akaun anda.
KEMASKINI BILANGAN ANAK TERKINI (akaun BPR)
Jika ada pertambahan anak, anda boleh membuat kemaskini bilangan anak.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang kemaskini BPR 2021 online.
Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:
1-800-88-2747
Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:
03-8882 4565
03-8882 4566
Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:
03- 89111000
No comments:
Post a Comment