INFO MAKLUMAT TERKINI
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah ingin memberi pencerahan agar tidak menimbulkan salah faham dan kekeliruan kepada semua rakyat Sabah.
Sebagai makluman Bantuan Sabah Prihatin Covid 19 secara One Off bernilai RM300 yang sedang dibayar secara TUNAI dibank BSN adalah bagi penerima- penerima yang layak dari golongan berikut yang tidak mempunyai akaun bank.
Kategori- kategori yang dibayar secara tunai di Bank BSN kepada yang tidak memPunyai akaun bank adalah seperti berikut :-
1. Mereka yang berdaftar dalam sistem ekasih
2. Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kategori B40 yang berdaftar telah diendos oleh Pejabat Daerah/DBKK/Majlis Perbandaran.
3. Manakala yang tidak berdaftar dalam E-Kasih tetapi adalah seorang petani, pekebun kecil getah, pekebun kecil sawit, penternak , mereka juga layak menerima bantuan ( sila rujuk Kementerian / Jabatan masing-masing yang berkaitan )
4. Penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah layak menerima bantuan ( sila rujuk Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am )
SEMAKAN BANTUAN : https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
Di sini kami ingin menafikan kenyataan yang sedang tular@viral di media massa bahawa Bantuan Sabah Prihatin Covid19 boleh ditunaikan oleh sesiapa sahaja rakyat Sabah dengan menggunakan kad pengenalan / ic di Bank Simpanan Nasional ( BSN ) adalah tidak benar.
Sebarang pertanyaan & maklumat lanjut sila hubungi
1.Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
2. Kementeriaan Pertanian dan Industri Makanan
3. Kementerian Kerja Raya Sabah
4. Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah
5. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
6. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
7.Jabatan Ketua Menteri
8. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu - DBKK
Sekian Harap Maklum
Sumber :
Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
Gambar :
Bank Simpanan Nasional
Tidak memiliki accunt bank bsn
ReplyDelete1211041000144997
DeleteAG fadil bin ahamad@ahmad
Bnk bsn