PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN | PUSAT ZAKAT SABAH - Khabar Kinabalu

Terkini

Monday, 14 September 2020

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN | PUSAT ZAKAT SABAH

Pusat Zakat Sabah kini menawarkan Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan Secara Online (Atas Talian) kepada pelajar-pelajar Sabah.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institut Perguruan, Kolej Matrikulasi, Asasi, Kolej Komuniti & ILKA.

Anda dipelawa untuk memohon Bantuan Pendidikan Secara Atas Talian (Online) yang disediakan oleh Pusat Zakat Sabah.

Kami di Khabarkinabalu.com akan berkongsi syarat dan panduan permohonan bantuan pendidikan Pusat Zakat Sabah yang telah disediakan kepada para pelajar warga Sabah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON

1. Penduduk asal Negeri Sabah.

2. Warganegara Malaysia/ Permastautin tetap

3. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

4. Had umur pemohon Minimum 18 Tahun; Maksimum 28 tahun

5. Permohonan hendaklah tidak melebihi tempoh 6 (enam) bulan daripada tarikh pendaftaran semester pertama (Untuk bantuan Yuran Pendaftaran Awal dan yang berkaitan)

Antara jenis Bantuan Pendidikan yang disediakan ialah:-

  1. Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA 
  2. Bantuan Tiket Penerbangan IPTA
  3. Dermasiswa (Awal)
  4. Dermasiswa (Lanjutan)
  5. Dermasiswa (Tiket Akhir)

Keutamaan pemberian bantuan ini adalah kepada mereka yang tergolong di kalangan Fakir, Miskin dan Mualaf.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui link yang disediakan.

Pemohon dikehendaki untuk melengkapkan semua butiran yang diperlukan dalam permohonan online serta memuat naik (upload) dokumen-dokumen yang dikehendaki.

*Pemohon diminta untuk mendapatkan pengesahan dokumen berkaitan melalui Pegawai Daerah / Pegawai Pentadbir Kanan Kerajaan / Pesuruhjaya Sumpah Majistret / Jaksa Pendamai / Ketua Kampung / JKKK

Pemohon dikehendaki mencetak borang permohonan yang sudah dilengkapkan dan perlu menghantar bersama-sama dokumen sokongan ke mana-mana cawangan Bahagian Zakat Dan Fitrah Sabah yang berhampiran dalam tempoh 15 hari dari tarikh permohonan.

Nota Penting:

Borang Permohonan dan Dokumen sokongan lain juga boleh dihantar melalui :-

1. Kaunter Agihan

2. Emel : agihan.zakatsabah@gmail.com

3. Emel : dermasiswa.zakatsabah@gmail.com
                (bagi permohonan Dermasiswa)

4. Emel : norlela.mahmud@sabah.gov.my
               (bagi permohonan Pendidikan)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk

BAHAGIAN ZAKAT & FITRAH (MUIS).
TINGKAT 1, BLOK A & B,

WISMA MUIS PETI SURAT 11666,
88818 KOTA KINABALU SABAH

TEL: 088-279206 / 279100

Semoga bermanfaat, dan sila kongsikan kepada mereka yang memerlukan



4 comments:

  1. assalamualaikum, berapakah tempoh kena tunggu setelah permohonan diluluskan?

    ReplyDelete
  2. I need this article content, Create much-loved, I'd personally like additional information employing this, great deal of thought is specially interesting.Bless anyone suitable for producing. Help Poor People

    ReplyDelete
  3. While i acquired on your web log however adding awareness just a bit touch submits. Nice technique for potential, We are book-marking during a period find versions conclude spgs way up.Help Poor People

    ReplyDelete