Tanpa Slip Gaji, Berpendapatan Bersih RM 1,000, BOLEH MEMILIKI RUMAH IDAMAN - Khabar Kinabalu

Terkini

Friday, 17 January 2020

Tanpa Slip Gaji, Berpendapatan Bersih RM 1,000, BOLEH MEMILIKI RUMAH IDAMAN


Kini lebih ramai boleh memiliki Rumah Pertama, walaupun dengan Pendapatan Gaji Bersih RM 1,000.00. Semuanya di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Syarikat Penuh milik Kementerian Kewangan. 


 Lebih hebat lagi, apabila anda sebagai pemohon yang tidak mempunyai pendapatan tetap seperti petani, peniaga kecil, pemandu teksi, petani, pekerja kilang, pekerja am turut layak untuk memohon dan memiliki rumah sendiri dengan harga maksimum RM 300 ribu! 


SIAPA DAN KENAPA SJKP? SJKP 


(Skim Jaminan Kredit Perumahan) ditubuhkan pada tahun 2007, selepas pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat pada 7 September 2007. 


Kerajaan Malaysia sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

 Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

 SJKP ini TERBUKA kepada semua Warganegara Malaysia.




 SYARAT KELAYAKAN MEMOHON 


-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas


-Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.


- Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami. 


- Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.


-Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.


-Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.


-Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.


-Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.


- Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.


Terma dan Syarat Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)

Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja

Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu

Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman

MRTA / MRTT :
Wajib

Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan



Proses Permohonan

Bagaimanakah proses permohonan yang perlu dibuat oleh peminjam bagi mendapatkan pembiayaan perumahan di bawah skim jaminan ini?
Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
    1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
    2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
    3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
    4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Antara institusi kewangan yang terlibat ialah :

Affin Bank
Affin Islamic
Agro Bank
Alliance Bank
Alliance Islamic Bank
AmBank Group
AmIslamic Bank
Bank Islam
BSN
Bank Rakyat
Hong Leong Bank
Hong Leong Islamic Bank
Maybank
Maybank Islamic
Bank Muamalat



PERINGATAN : Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Untuk butiran lanjut
Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)

Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2096 5000
Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my 
 

Kami ingin menasihati orang ramai bahawa SJKP tidak pernah melantik mana-mana ejen, pihak ketiga atau wakil untuk bertindak bagi pihak kami. 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui institusi-institusi kewangan yang mengambil bahagian. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berurusan dengan individu yang membuat dakwaan bahawa mereka mewakili SJKP. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SJKP di 03-2096 5000 atau institusi-institusi kewangan yang berhampiran dengan anda.

No comments:

Post a Comment