Anda boleh membeli rumah berharga maksimum RM 500,000 , minimum RM 100,000 di bawah Skim Perumahan Belia BSN MyHome.
Bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 untuk 2 tahun pertama bermula daripada pengeluaran pembiayaan yang pertama.
Contoh, jika Bayaran Bulanan Rumah RM 1,000 sebulan, anda hanya perlu membayar RM 800 untuk tempoh 2 tahun pertama.
Pengecualian duti setem sebanyak 50 % ke atas dokumen pembiayaan juga akan diberikan.
APAKAH PRODUK SKIM PERUMAHAN BELIA ?
Skim Perumahan Belia adalah skim pemilikan rumah kali pertama bagi belia yang bujang atau sudah berkahwin berusia di antara 21 hingga 45 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan.
BSN menyediakan jumlah pinjaman sebanyak 100% daripada harga pembelian dan tambahan 5% daripada harga pembelian untuk membiayai insurans (MRTA).
Walau bagaimanapun, Skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Tempoh Pembiayaan : Sehingga maksimum 35 tahun atau tidak melebihi 65 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
SYARAT DAN CARA MEMOHON SKIM PERUMAHAN BELIA
-Belia yang sudah berkahwin berumur 25 hingga 40 tahun
-Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
-Pembeli rumah pertama sahaja
Melengkapkan dokumen seperti berikut,
Borang permohonan Pembiayaan Kewangan BSN
Perjanjian Jual dan Beli / Resit deposit / Proforma Pesanan Pembelian
Salinan Kad Pengenalan
>Pemohon Berpendapatan Tetap
Salinan slip gaji untuk 3 bulan terkini
Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
Salinan penyata bank untuk 6 bulan terkini (jika ada pendapatan lain)
Salinan penyata KWSP
Surat pengesahan berkerja daripada majikan
Borang EA/ EC
>Pemohon Bekerja Sendiri
Borang B/BE dan Resit LHDN
Surat pendaftaran syarikat (SSM)
Salinan penyatan bank 6 bulan terkini
Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
>Pemohon Bersama
Borang B/BE dan Resit LHDN
Surat pendaftaran syarikat (SSM)
Salinan penyata bank 6 bulan terkini
Dokumen – dokumen lain (jika perlu)
PERMOHONAN BOLEH DIBUAT DIMANA-MANA CAWANGAN BSN
UNTUK BUTIRAN DAN PENERANGAN LANJUT SILA BACA
> BSN MY HOME SKIM PERUMAHAN BELIA
> BSN MY HOME SKIM PERUMAHAN BELIA FAQ
No comments:
Post a Comment