These are the faces of three real Momogun bobolians. Mereka mewakili tiga sub-etnik berbeza, tapi berkongsi satu pesona yang sama. Pandang dengan teliti. What do you see?
None of them look depressed, as if they are forever haunted by some painful past. None of them appear to be messy and scary.
They all look well-groomed, charismatic and somewhat charming (in their own unique way). Itu norma penampilan yang sepatutnya. Kerana mereka adalah figura spiritual tertinggi, yang paling dihormati dalam komuniti Momogun.
Mereka selalu ada tatarias kepala. Tatarias itu pelbagai, mengikut sub-etnik. Misalnya, 'linangkit' untuk Lotud, 'sunduk' bagi Bunduliwan dan Kimaragang, serta 'tinggur tinggi' (not sure what it is really called) bagi Tangara. Poin saya di sini, mereka secara lazim tidak tampil dengan rambut lepas terurai tanpa dandanan atau sebarang tatarias.
Mereka juga hidup intim di sisi masyarakat, bukan meminggir sepi di tengah hutan. Dalam kepercayaan tradisi Momogun, mereka memegang peranan sebagai penghubung alam mistik dan realiti. Media untuk mencapai maksud itu adalah 'komburongoh' (bukan tongkat, bukan uri!) dan 'rinait' (mantera) yang dilafaz dengan nada penuh muzikal (bukan dengan suara basahan harian).
Institusi bobolian adalah salah satu kunci terpenting dalam sosiobudaya tradisi komuniti Momogun yang mempunyai lebih daripada 30 sub-etnik. KUNCI TERPENTING tau! Bukan sekadar sampir-sampiran.
Sama ada dalam cereka (fiksyen) atau dokumentari, saya fikir elemen sosiobudaya harus ditonjolkan secara munasabah. Memang kek durian dan buah durian tidak sama. Tapi kalau sudah dicanang produk kita sebagai kek durian, mestilah pembeli expect kek itu ada perisa durian. Meski tidak seperti buah durian asli, paling kurang bukan macam perisa sinalau bakas. Tak tepat 100%, tidak mengapa. TAPI jangan menyimpang jauh sampai 360 darjah.
Penting sangatkah identiti tradisi sesuatu komuniti yang melatari jalan cerita -- mahu dipertahankan dalam filem yang berbentuk pop dan fiksyen? Kalau tidak penting, kenapa Malaysia ada Dasar Perfileman Negara (DFN)? Sekadar mau membuang masa para pelaksana dan membazirkan duit kerajaan?
Saya pinjam kata-kata sahabat saya, Tuan Khalid Ramli: "Many people do not have the intellectual capacity to digest your points. They do not see the gravity of a misrepresented authenticity. Kalau you tak tegur pasal Momogun, saya pun ingat nenek kebayan is all over Malaysia. Nanti budaya kita semua rosak sebab filem yang not well researched. They should've had a panel of cultural consultants as advisors."
Ya, sepatutnya begitu. Kalau produksi filem boleh melabur belanja tinggi untuk aspek teknikal dan teknologi canggih, kenapa tidak boleh melabur sikit untuk mencerna elemen sosiobudaya? Saya tidak fikir ini adalah isu bajet atau kekangan logistik.
Ini sebenarnya isu sikap, prioriti dan iltizam industri filem sendiri. Mahu atau tidak mahu. Itu saja.
Disclaimer: Imej entri ini dipinjam dari domain publik internet (https://farm8.staticflickr.com/), dan bukan diguna untuk tujuan komersial. Kepada pemilik hakcipta, mohon maaf.
No comments:
Post a Comment