Kenali Sabah Kita, tak kenal maka tak cinta.
KK kongsikan info berkaitan Sabah Di Bawah Bayu, tanah tumpahnya darah dan cinta kita.
Orang bilang sebagai Sabahan, mestilah ada pengetahuan mengenai tempat sendiri kan.
KK kongsikan info berkaitan Sabah Di Bawah Bayu, tanah tumpahnya darah dan cinta kita.
Orang bilang sebagai Sabahan, mestilah ada pengetahuan mengenai tempat sendiri kan.
Fakta mengenai Sabah
Negeri di Bawah Bayu, Sabah, adalah negeri kedua terbesar di Malaysia, yang terdiri daripada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Dengan kawasan yang menjangkau 72,500 kilometer persegi, dipenuhi dengan pantai yang dikelilingi oleh Laut China Selatan di bahagian Barat, Laut Sulu di bahagian Timur Laut dan Laut Celebes di bahagian Timur, Sabah terletak di bahagian paling utara Borneo dan juga merupakan pulau ke-3 terbesar di dunia.
Sabah terdiri dari lima bahagian yang seterusnya dibahagikan lagi kepada 25 Daerah, iaitu:-
Kota Marudu , Kudat , Pitas
Bahagian Pantai Barat
Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Putatan, Ranau, Tuaran
Bahagian Pedalaman
Beaufort,Keningau,Kuala Penyu, Nabawan, Sipitang,Tambunan, Tenom
Bahagian Sandakan
Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Tongod
Bahagian Tawau
Kunak, Lahad Datu, Semporna Tawau
Klimat / Suhu
Iklim di seluruh negeri Sabah adalah iklim khatulistiwa / tropika dengan anggaran suhu 32°C (90°F) bagi kawasan tanah rendah dan purata suhu 21°C (70°F) bagi kawasan tanah tinggi. Sabah secara kebiasaannya adalah panas dan cerah sepanjang tahun. Dalam iklim tropika seperti ini, ia adalah dinasihatkan untuk berpakaian selesa dalam kain linen yang ringan, kain jenis kapas, baju kemeja-T, seluar pendek, atau seluar jeans untuk mengelakkan rasa terlalu panas. Hujan juga adalah biasa sepanjang tahun, tetapi ia boleh menjadi jauh lebih lembap ketika musim Monsun Timur Utara (Oktober - Februari), dan panas / kering antara bulan Mei dan September.
Flora dan Fauna
Tahukah anda bahawa kajian hidupan liar yang dibuat oleh National Geographic mendedahkan bahawa 10 kilometer persegi Sabah mempunyai lebih banyak flora dan fauna daripada Amerika Utara dan Eropah digabungkan? Hutan di Sabah dikelaskan sebagai hutan hujan dimana saintis menganggarkan ia pada 130 juta tahun - salah satu yang tertua di dunia! Kinabalu Park, yang meliputi kawasan sekitar Gunung Kinabalu merangkumi kira-kira 754 kilometer persegi. Ia adalah syurga botani untuk himpunan spesis tumbuhan dan hidupan liar yang paling luar biasa di dunia .
Tumbuh-tumbuhan di taman boleh berubah dari hutan tropika rendah yang subur ke padang rumput alpine sejuk dan lain-lain. Rafflesia, bunga terbesar di dunia, juga ditemui di sini. Bunga parasit ini mengambil masa kira-kira 9 bulan untuk mekar, tetapi hanya hidup untuk 3-4 hari dengan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan untuk menarik serangga seperti lalat untuk pendebungaan. Selain itu, tumbuhan periuk kera yang terbesar di dunia (Tumbuhan pemakan serangga , Nepenthes Rajah), yang merupakan endemik kepada Gunung Kinabalu juga boleh didapati di sini.
Walaupun kebanyakan mamalia hidup di kawasan tanah rendah sekitar Taman Kinabalu, primat seperti langur, monyet, ungka, kera hantu dan kongkang juga pernah ditemui di dalam Taman Kinabalu. Selain itu, taman ini juga merupakan rumah kepada haiwan yang lebih besar seperti harimau jarang dahan, babi hutan, beruang matahari, 3 spesis rusa (rusa sambar yang besar, kijang kecil dan kancil), dan mamalia kecil yang lain seperti tikus kasturi, tupai, serta beberapa spesies insektivor seperti tikus kembang bulan. Pada tahun 2000, Taman Negara Kinabalu telah ditetapkan oleh UNESCO secara rasmi sebagai Tapak Warisan Dunia kerana biodiversiti yang tinggi di taman itu dan juga kerana lebih separuh daripada keluarga tumbuhan berbunga dan haiwan di situ adalah terancam.
Orang Sabah mesti pernah daki Gunung Kinabalu atau sekurang-kurangnya pernah pergi ke kawasan berhampiran Gunung kan .
Cukup dulu untuk siri pertama Kenali Sabah Kita kali ini.
Sekiranya ada fakta atau info yang salah, sila maklumkan kepada kami untuk penambahbaikan.
Jumpa lagi ^_^
kredit info: Sabah.gov.my
No comments:
Post a Comment